Kelas Ms Excel (Kalendar Aktivit Seharian)

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 13 April 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Excel bermula pada jam 2.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Excel iaitu mengenal dan mempraktikkan setiap button yang ada di excel serta mengetahui penggunaan asas Ms Excel dalam memudahkan tugasan yang berkaitan termasuk cara pengiraan,merekod hasil perniagaan, menyediakan carta,jadual serta calendar.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara meyediakan calendar dengan cepat dan mudah menggunakan Ms Excel. Peserta mengisi aktiviti seharian mereka secara terperinci di dalam calendar yang dipilih. Petugas juga mengajar peserta cara memasukkan simbol ke dalam calendar bagi memudahkan mereka merekod aktiviti penting.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali